"Your Partner in Providing IT Excellent."

Pengenalan

Aspek Tumpuan Sdn Bhd memberi tumpuan kepada Reka Bentuk dan Membangunkan "Penyelesaian dan Aplikasi IT" diubahsuai mengikut keperluan pelanggan menerusi teknologi tinggi terkini.

Aspek Tumpuan bertujuan untuk menyediakan pelbagai aplikasi dan penyelesaian IT yang canggih. Di samping itu, dengan permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian Teknologi Maklumat (IT) dan juga permasalahan yang berkembang dalam bidang analisis dalam menguruskan perniagaan dalam ekonomi dunia, Aspek Tumpuan akan memberikan yang terbaik untuk menganalisis aplikasi dan penyelesaian yang akan memenuhi keperluan pasaran

Berdasarkan kepakaran pasukan kami, Aspek Tumpuan dipercayai mampu melaksanakan projek dari skala kecil hingga skala tinggi dengan sempurna dan cemerlang bagi memenuhi keperluan pelanggan berpotensi.

Organisasi

Kami telah berjaya mempromosikan Yayasan Pengurusan yang sangat mantap untuk memastikan Pengurusan yang berkelanjutan untuk menjalankan tanggungjawab Perniagaan, Tanggungjawab Kewangan, Tanggungjawab Kakitangan dan Tanggungjawab Pengeluaran (Produktiviti) yang paling penting.

Carta Organisasi

Perkhidmatan

 

Reka Bentuk Aplikasi dan Pembangunan

Aspek Tumpuan boleh mencipta aplikasi perisian yang mempunyai ciri-ciri seperti perisian yang berkualiti tinggi dalam masa yang cepat dan harga yang berpatutan untuk anda.

 

Rekabentuk dan Pembangunan Perisian

Aspek Tumpuan juga mencipta aplikasi yang dapat membantu memajukan perniagaan anda berdasarkan kriteria yang diperlukan dan ditetapkan sendiri oleh anda.

 

Integrasi Sistem

Aspek Tumpuan berpengalaman dalam membantu menyelaraskan penggunaan sistem teknologi maklumat (IT) dalam organisasi anda untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan organisasi anda.

 

Keselamatan dan Pemasangan

Aspek Tumpuan boleh membantu organisasi anda yang maju dan serba boleh dengan mengurangkan permasalahan atau kerumitan dalam keselamatan rangkaian dan menambahkan keberkesanan firewall dalam organisasi anda.

 

Rekabentuk Rangkaian

Aspek Tumpuan juga boleh mencipta sambungan rangkaian yang merangkumi rangkaian komunikasi dan operasi untuk organisasi anda serta memastikan pencapaian sambungan rangkaian organisasi anda berfungsi dengan cekap dan juga mengutamakan kriteria yang diperlukan.

 

Pemasangan

Aspek Tumpuan terdiri daripada Pengurus Projek, Jurutera Pemasangan dan Juruteknik terlatih yang berkerjasama memberi penyelesaian yang terbaik seperti yang telah ditetapkan.


 

Pelaksanaan

Kepakaran Aspek Tumpuan dapat membantu melaksanakan pembangunan perkakasan dan perisian yang terkini berdasarkan keperluan anda dengan memberi panduan seperti keperluan analisis, skop analisis, pengubahan mengikut spesifikasi, sistem gabungan, polisi pengguna, latihan penggunan dan penghantaran kepada anda.

 

Latihan

Aspek Tumpuan juga menyediakan latihan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran anda serta membantu menjayakan projek-projek IT (Teknologi Maklumat) di samping membantu anda mentadbir organisasi anda dengan baik.


Rakan Kongsi










Kerjaya

Sertai kami untuk mendapat pengalaman dan menambahkan kemahiran anda.

Aspek Tumpuan Sdn Bhd (658929-D)
B1-3-9 Solaris Dutamas,
No.1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur

03-64135094

support@aspektumpuan.com.my